Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Dah Cuba Kek Viral Mudah?

Assalamualaikum.  Apa kabo? Haa dah cuba kek viral yang mudah dan tak cukup bahan tu? Disebabkan kagum macam mana kek boleh dibuat tanpa bahan yang mencukupi, maka Ijah pun tercuba ler jugak. Haha. Terpengaruh giteww. Hasilnya macam gambar di bawah ni. Yang hitam berderet di atas versi biskut oreo, yang coklat di bawah versi biskut coklat. Rasanya bagi Ijah OK, tapi tak cukup UMPHH. Konpem tak nak buat dah, hehe.  Lagi sedap makan biskut oreo cecah susu tau! Ini pendapat peribadi Ijah aje. Jangan ada yang berduka, berkecik hati pula. Lidah tiap manusia kan tak sama. Kita masing-masing berlapang dada sahajalah ye ;) Peace sayang! skhadijah_omar

8 TIPS AJAR ANAK MEMBACA

Perkongsian tips ini Ijah buat hasil 'try and error' sewaktu proses mengajar Aminah membaca. Ijah pilih buku Bacalah Anakku untuk Aminah atas faktor dah 'familiar' dengan jenama ini sejak sekolah dahulu. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. 1. Ajar anak kenal huruf fonik - Untuk mengelakkan kekeliruan, ibu bapa sebaiknya ajarkan anak bunyi fonik terlebih dahulu sebelum kenal huruf ABC. - Bagi kes Aminah, Ijah dah ter-ajar kenali ABC huruf kecil dan ABC huruf besar. Kecewa tau sebab Aminah jelas tampak keliru, 'blur' dan asyik ulang "Aminah tak tahu" bila dikenalkan bunyi fonik. - Diema mak-mak, Ijah positifkan diri untuk bertenang seketika. - Kemudian, Ijah putuskan untuk biar Aminah tonton video Abu Ada Ayam sahaja dan selingan video kanak-kanak yang telah berjaya membaca buku fonik sebagai motivasi untuk Aminah. 2. Ulang bunyi fonik bersama anak - Apabila Ijah perhatikan Aminah dah dapat ikut rentak lagu Abu Ada Ayam...