Assalamualaikum.. Dah lama menyepi rasanya..haha..Sibuk kerja dan kurang idea nak menulis juga faktornya. Tapi kali ini nak sentuh tentang gangliosida dalam kanak-kanak . Ahaa..mesti semua biasa dengar kan?? Especially bila keluar iklan susu anak kat tv.. Katanya gangliosida ni membantu sel-sel otak anak berhubung..hmm..no komen. Ilmu sains sy tak hebat sangat, jadi tak dapatlah nak katakan iklan tu ada kebenaran atau kekurangan. Back to the story la ye..Baru-baru ini ada sekumpulan penyelidik muda datang ke taska Aminah. Katanya mereka sedang jalankan kajian paras gangliosida dalam kanak-kanak 2 tahun ke bawah. Aminah merupakan antara calon yg sesuai atas faktor umur dia. Untuk kajian ini mereka akan kaji pemakanan anak di taska dan di rumah selama 2 hari berturut-turut, dan selepas itu akan diberikan tarikh untuk parents dermakan darah anak sebanyak 2ml untuk mereka uji. Parents yang sudi jadikan anak mereka sebagai responden kajian akan terima saguhati RM200. Woww!!...
Selamat Datang!