Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2021

Susu Perisa Pisang Farm Fresh

  Ba.. Banana @ Susu Pishang Farm Fresh Ijah satu keluarga memang hantu susu. Sebelum ini kami pernah cuba susu perisa pisang jenama lain termasuk Binggrae yang femes tu. Binggrae memang sedap, tapi harganya tak mampu buat kami. Berbanding Farm Fresh, harga lebih mampu milik dan bolehlah beli kadang-kadang untuk keluarga. Dan dengar-dengarnya, susu perisa pisang Farm Fresh ni boleh tahan laku, susah nak dapat jugalah sebab fast selling gitu. Rezeki buat kami sebab dipilih untuk cuba tester susu perisa pisang Farm Fresh. Kandungan utamanya adalah susu segar, puri pisang dan gula perang. Susu warna putih, memang takde pewarna tambahan. Bau pisang biasa-biasa, tak kuat sangat. Rasa pisang secukup rasa. Cuma bagi Ijah rasa krim tu kurang. Secara keseluruhannya, rasa susu perisa pisang ni memang sedap dan mengenyangkan. Bolehlah kami masukkan dalam senarai selepas perisa Kurma.  Tapi citarasa dan tekak orang lain-lain kan? Kalau nak cuba, bolehlah beli yang saiz pek 200 ml. Rasa ng...

REVIEW DRAMA KOREA 2021: JIRISAN

  JIRISAN 🏔️ Mulanya Ijah terkenan nak tonton drama ni sebab suka dengan lakonan barisan pelakonnya, ada unsur misteri dan terbitan tvN Tapi bila dah tonton.. kagum pula dengan skop kerja renjer hutan di Korea 😍👍 Mereka bukan hanya bertanggungjawab jaga flora dan fauna di gunung, malah nyawa orang yang naik turun gunung turut menjadi keutamaan walaupun orang tu mengutip herba & memburu haiwan secara haram Paling kagum bila tengok mereka ada sistem untuk kesan kemunculan kepala air. Siren akan segera dibunyikan sekaligus dapat selamatkan nyawa orang awam yang berada di anak sungai khususnya Banyak jugalah kisah lain yang menarik dalam drama ni. Malah, ada unsur nilai dan teladan di sebalik misteri "semangat hutan" Ijah bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ #dramakorea #reviewdrama