Assalamualaikum semua. Dah lama tak menulis di blog. Sempena bulan Syawal ini, rasa terpanggil pula untuk berkongsi resepi biskut raya yang sangat mudah, iaitu Cornflakes Coklat dengan hanya menggunakan dua bahan utama. Rasa rangup cornflakes ditambah salutan coklat pastinya menambat hati anak-anak kecil, serta orang dewasa. Ok, bahan wajib ada adalah: 1. Coklat Beryl's versi coins 2. Cornflakes mini *Boleh tambah topping kekacang badam atau manik urai sebagai hiasan* Cara membuatnya mudah sahaja. Pertama sekali, cairkan kepingan coklat Beryl's menggunakan teknik double boil. Setelah coklat cair, boleh mula masukkan cornflakes sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata. Tak perlu tunggu coklat sejuk, sebab coklat Beryl's ni hanya suam-suam kuku selepas dicairkan. Tak perlu risau cornflakes akan jadi lemau ye ☺️ Dah siap gaul rata, bolehlah masukkan cornflakes bersalut coklat ke dalam cawan kertas. Manik urai ditab...
Selamat Datang!